Laman Utama .
KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK DAN HEADCOUNT 2007
En Kamrulzaman Abdul Razak merupakan pegawai penceramah dari PPD Rompin memberikan ceramah dibawah tajuk "HEADCOUNT" . Dalam sesi ceramahnya tidak lupa diselitkan misi dan visi KPPK. Ha... jangan tak tau, beliau ialah Naib Presiden KPPK Pahang. Cayalah..... berjuang untuk guru . En Mohammad Hamid menyampaikan cenderahati kepadanya.
Kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada guru elemen baru dalam PKKP iaitu HEADCOUNT. Penceramah jemputan pada hari itu ialah Pensyarah dari IAB cawangan Genting Highland yang menyampaikan ceramah bertajuk "Perancangan Strategik dalam P&P"
En Chew Hock Liong dari IAB sedang menyampaikan taklimatnya dengan penuh semangat. Haa.... kat belakang tu jangan pula tertekan (stress). Stress hendaklah diurus dengan bijak.....
Ha... kalau kurang faham bawa bawalah bertanya... apa ? belum sarapan ? Tak dapatlah teman nak nolongnya.....
Guru yang hadir pada haria tersebut merupakan tonggak penting SMK.Rompin memacu kecemerlangan akedemik. Eh.. lepas ni kena buat perancangan yang lebih strategik.... Encik Kamarulzaman Abdul Razak sedang menyampaikan taklimat kepada guru pada hari tersebut. Ha.... mana-mana guru baru yang belum jadi ahli KPPK tu jangan lupa jumpa saya... jangan lupa yea...
Bentang jangan tak bentang. En Faizul ni merupakan pengerusi acara yang tetap dan berpencen di SMK. Rompin. Kalu tak bagi dia jadi pengerusi nangis berguling-guling. Ha sape yang susah. Bagi je lah.....
Ini apahal lak... tangkap lentok ni biasanya berlaku pada penghujung sesi taklimat. Al maklumlah tengah memikirkan apa yang hendak dimasak di rumah nanti. Apapun kahadiran mereka petanda baik kepada SMK. Rompin..

Kepada semua guru yang hadir, tahniah semoga ilmu yang diperolehi dapat meningkatkan mutu kerja kalian semua.....

 

PENGETUA SEDANG MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN EN CHEW HOCK LIONG.

Terima kasih dan kalau ada apa apa kekurangan haraf dimaafkan....