Laman Utama

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Allah kerana usaha yang telah dilakukan oleh warga SMKR  telah berjaya membangunkan laman web rasminya. Saya berharap agar dengan adanya laman web ini akan menjadi wadah untuk menyebarkan maklumat sekolah secara elektronik dengan mudah untuk di akses oleh  pelajar, guru, ibu-bapa serta dapat menghubungkan semua institusi sekolah secara on-line di negara ini.

Menghadapi arus pendidikan yang lebih mencabar pada abad ke-21 ini, menjadikan cabaran keilmuan semakin kompleks. Untuk itu, warga pendidik dan pelajar SMKR harus mengikut arus perdana agar tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi yang menjadi sebahagian dari cara hidup masa kini. Untuk merealisasikan keunggulan dan kecemerlangannya ini, seluruh warga SMKR mestilah mengorak langkah dengan menghidupkan aktiviti keilmuan secara efektif, selaras dengan visi dan misi sekolah.

Aktiviti – aktiviti dan program-program yang dilaksanakan dijangka akan meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek yang diimpikan. Lanjutan daripada usaha ini, setiap staf akademik tentu sekali perlu mempunyai tahap keilmuan yang terkini dan sesuai untuk disampaikan kepada anak didik mereka. Bagi mencapai hasrat berkenaan, adalah diharapkan semua warga SMKR mengamalkan budaya kerja positif yang dapat menjana kecemerlangan dalam semua aspek disiplin melalui kerja berpasukan.

Akhir sekali, saya berdoa semoga usaha yang dilakukan oleh semua staf akademik, staf sokongan, PIBG dan pelajar-pelajar sekolah ini dapat membantu kearah kemajuan dan kecemerlangan SMKR.

"Bersama Menuju Kecemerlangan"

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

MOHAMAD B HAMID
Pengetua
SMK ROMPIN