Laman Utama

Sekolah Menengah Kebangsaaan Rompin adalah merupakan sekolah yang tertua di Daerah Rompin. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 3 blok bangunan lok bangunan koperasi, blok bangunan ERT dan blok batik. Selain itu satu blok bangunan asrama lelaki, dewan makan yang sekarang ini dipanggil klinik statik serta 4 buah rumah guru yang diperbuat daripada kayu. Pembukaan rasmi sekolah ini dilakukan oleh Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang Kedua. Kedatangan Tuan Abdul Razak ke Kuala Rompin pada tahun 1964 bukan sahaja untuk merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin tetapi juga merasmikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Rompin yang juga ditubuhkan pada tahun yang sama. Pengetua pertama SMK Rompin ialah En Ahmad Bin Mohammad yang bertugas mulai 1964 hingga 1967. Pengetua kedua ialah En Jalil bin Mohd. Yusof yang bertugas mulai 1967 hingga 1969.

Pada awal tahun 1970-an, Sekolah Menengah Kebangssaan Rompin mendapat tambahan 3 blok bangunan baru iaitu blok makmal, bangunan bengkel KHB dan bangunan Pusat Sumber Sekolah. Pengetua yang bertugas pada awal 70-an ialah Encik Abdul Rahmi bin Hamid yang bertugas mulai 1969 hingga 1972.

Pada tahun 1972 Tuan Haji Fadhil Bin Ab Malik menjawat jawatan Pengetua di SMK Rompin. Beliau bertugas sehinggalah tahun 1886. Semasa era beliau juga SMK Rompin mendapat beberapa lagi bangunan tambahan iaitu Bangunan Pejabat, Bangunan Makmal Komuter Lama, Blok Dewan serta 2 blok untuk asrama lelaki dan perempuan. Keadaan ini berterusan hinggalah sekarang. Pengetua SMK Rompin yang ke lima ialah Tuan Haji Zamli bin Haji Muda yang bertugas antara tahun 1986 hingga 1988. Oleh kerana sistem perhubungan ke Kuala Rompin ketika itu hanya menggunakan jalan laluan lori balak maka kebanyakan guru-guru yang mengajar di SMK Rompin tinggal di rumah guru yang disediakan.

Pengetua SMK Rompin yang ke -6 ialah Tuan Haji Abdullah bin Haji Abd Kadir yang mula bertugas antara tahun 1988 hingga 1989. Beliau sekarang ini adalah merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa ini beliau telah dilantik menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

BIL

NAMA PENGETUA

TEMPOH BERTUGAS
1

En Ahmad Bin Mohammad

1964 - 1967
2

En Jalil bin Mohd Yusof

1967 - 1969
3

En Ab. Rahim bin Hamid

1969 - 1972
4

Tuan Haji Fadhil bin Ab. Malik

1972 - 1986
5

Tuan Haji Zamli bin Haji Muda

1986 - 1988
6

Tuan Haji Abdullah bin Haji Abdul Kadir

1988 - 1989
7

Tuan Haji Ab. Hamid bin Mohd Shah

1989 - 1991
8

Puan Hajjah Siti Fatimah binti Mahmood

1992 - 1995
9

En Thum Koh Teik

1995 - 1996
10

En Ahmad bin Muda

1996 - 1998
11

En Amiruddin bin Abdullah

1999
12

Puan Hajjah Siti Fatimah binti Mahmood

1999 - 2002
13

En A. Wahab bin Taha

2002 - 2007
14
En Mohammad Bin Hamid
2007 - sekarang


BEKAS PELAJAR SMK.ROMPIN TERDAHULU

Dato Hassan Bin Ariffin, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang

Yang Berhormat Tuan Haji Rusli Bin Ismail, ADUN Rompin

Professor Madya Dr Aminuddin Bin Abdul Ghani, Pensyarah di Universiti Sains Malaysia

Mohd Razman bin Abdul Rahim, seorang ahli korperat yang bertugas di luar negara.

Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Hamid bin Mohd Shah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kementerian Pendidikan Malaysia.