Laman Utama PERSATUAN WOODBALL woodballSMK.ROMPIN 2007
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN KEJOHANAN WOODBALL DUA PENJURU
SMK.ROMPIN VS SMT.SULTAN AHMAD SHAH, KUALA ROMPIN 2008....
Permainan woodball boleh dianggap permainan
popular di Kuala Rompin, Pahang. Tidak hairanlah di SMK.Rompin juga terdapat "fairway" untuk permainan ini.
Mantan bekas pengetua, Encik A.Wahab Taha merupakan pengasas persatuan ini dan mempunyai minat dan komitmen yang amat tinggi dalam permainan ini.
Di SMK. Rompin terdapat 12 Gate untuk permainan ini. Namun cabaran yang menanti amat menyeronokkan. Apataknya... cuba lihat gelagat saudara kita ni.... pasang kuda-kuda biar kemas sikit.....
Pelajar diberi peluang untuk bermain pada waktu petang secara bergilir-gilir. Cikgu pun nak main juga. Pemain sekolah biasanya diberi peluang untuk berlatih. Jangan lupa SMK.Rompin merupakan wakil MSSD.
Inilah gaya pemain pro. Beliau merupakan pengasas permainan ini di SMK. Rompin. Kewujudan permainan ini menjadikan sekitar sekolah lebih ceria dan manarik.
Yang ni pejam mata pun masuk.... Sebagai ketua warden beliau sentiasa menggalakkan penghuni asrama berlatih.
Aktiviti berjalan sambil memikul pemukul (malet) woodball satu rekreasi yang cukup baik untuk kesihatan. Setiap pemain akan berjalan kaki lebih kurang 4 km untuk menyudahkan permainan 24 gate. Nampak tu slim belaka pemain kita ni......
Pengetua SMK. Rompin yang baru, Encik Mohammad Hamid cuba bermain pada hari 16 Mei 2007, Sambutan Hari Guru. Tempat berapa.... malas nak cakap.

KEPADA SEMUA WARGA SMKR

PERTANDINGAN GP WOODBALL 07 SEDANG BERLANGSUNG. KEPADA YANG BERMINAT SILA LAPOR DIRI KEPADA EN BORHANUDIN. BELIAU MERUPAKAN SETIAUSAHA KELAB WOODBALL SMKR.