Laman Utama JASAMU DIKENANG 2006
TARIKH
PERSARAAN DAN PERPINDAHAN 2006
A.WAHAB TAHA
EN A.WAHAB BIN TAHA, bekas Pengetua SMK. Rompin (2003 - Januari 2007).
Bersara Wajib mulai 16 JANUARI 2007. Selamat bersara
MOHD RAMIZU

Mohd Ramizu Bin Awang, bertukar balik ke Kelantan. Umpama seluang pulang
ke lubuk.Terima kasih atas segala bakti yang dicurahkan semasa di SMK. Rompin
(1997 - Disember 2006). Bekas pemain WOODBALL PSKPP Daerah Rompin.
Cayalah.... tapi sekarang aktiviti utama membesarkan badan je...

GURUMINTARJIT
Puan Gurumintarjit Singh, bertukar ke Kuala Lumpur mengikut suami berhijrah.
Terima kasih atas curahan bakti semasa bertugas di SMK. Rompin.
Setiausaha Unit Pusat Sumber Sekolah yang sangat PROLIFIK.
Semoga lebih cemerlang di sana..................
CHE RAGAYAH
Che Ragayah binti Omar, bertukar balik ke Kelantan. Tahniah kerana berjaya
pulang ke negeri Kelantan setelah saban tahun permohonan ditolak.
Terima kasih atas segala sumbangan semasa di SMK. Rompin.
Beliau antara pengemudi utama kelas Tingkatan 6...
KAMSAINI
Cik Kamsaini Hassan, bertukar balik negeri Kelantan, Terima kasih atas segala
sumbangan dan khidmat bakti dan berjaya "menceriakan" SMK. Rompin.
Selamat bertugas di tempat baru.
SAFINA
Puan Safina Kamarudin, bertukar keluar Negeri.... tapi kat Endau Johor.
Apapun tahniah atas sumbangan terutama meningkatkan budaya dalam
penggunaan Bahasa Inggeris........
MAZLAN
En Mazlan bin Ismail, bertukar ke Kelantan mengikut isteri. Selamat menjalani
kehidupan di samping isteri, semoga berbahagia. Jutaan terima kasih atas
sumbangan semasa di SMK. Rompin. Jangan tak tau beliau adalah pengasas KAPTEN ( Persatuan Pelajar Tingkatan Enam)
ROHANA
Puan Rohana binti Ibrahim, bertukar mengikut suami ke Kelantan setelah
5 tahun berturut-turut memohon akhirnya permintaan dimakbulkan.
Terima kasih di atas sumbangan semasa di SMK. Rompin.

ZABIHA

Zabiha binti Awang, bertukar ke Kuantan walaupun minta balik ke Terengganu.
Semoga gembira di tempat baru dan jutaan terima kasih atas sumbangan
semasa di SMK. Rompin. Beliau merupakan bekas Bendahari Kehormat
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK. Rompin. Tarima kasih di atas
sumbangan kepada PIBG.

PERTUKARAN TAHUN 2007 ( KLIK DI SINI )