Laman Utama JASAMU DIKENANG 2008
TARIKH
PERPINDAHAN 2008 KEMASKINI 27 JANUARI 2009

 

Mohamad Bin Hamid, Beliau sebenarnya baru sahaja memulakan tugasnya di SMK. Rompin pada awal tahun 2007 menggantikan mantan pengetua En A.Wahab Bin Taha. Beliau merupakan seorang pengetua yang berfikiran dinamik dalam semua hal berkaitan urusan sekolah. Sebagai seorang pengetua yang cukup berpengalaman, perpindahan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada sekolah. Namun tenaga serta kepakarannya lebih diperlukan pada tahap yang lebih tinggi. Beliau sekarang merupakan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut. Selamat bertugas di sana. Kami mendoakan semoga mantan pengetua gembira dan sihat sentiasa.

 

Mohd Rosdan bin Md Zain, ha.. beliau berhijrah kerana mengikut isteri tercinta ke daerah Pekan, Pahang. Sebenarnya beliau dah lama berkhidmat di SMK. Rompin dan dah tentulah banyak sumbangannya. Sebagai AKILA - Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Rompin, cayalah. Seorang lagi guru bahasa Inggeris berhijrah. Kenapa semua guru B.Inggeris berpindah serentak ?Selamat bertugas di tempat baru, semoga bergembira hendaknya.
Ustazah Nor Fazilah bt Ariffin, berhijrah dalam daerah sahaja. Cari persekitaran baru. Sekolah pilihan beliau ialah SMK. Seri Rompin. Seorang ustazah yang tegas tetapi disukai pelajar kerana keberkesanan pengajarannya. Semoga beliau dapat mencurah pengalaman di tempat baru dan dirahmati Allah senentiasa.

Pn. Siti Aminah bt Yaacub, berhijrah mengikut suami tercayang. Beliau juga mempunyai komitmen tinggi dalam bidangnya iaitu Matematik. Kepergiannya meruppakan kehilangan kepada SMK. Rompin. Namun apa nak buat... Terima kasih di atas semua sumbangan semasa di sini.

 

Pn Nurul Huda bt Seman, berhijrah ke Cameroun Highland, sebuah daerah yang jauh berbeza dengan Rompin. Mungkin cuaca nyaman di sana boleh menenangkan fikirannya setelah melayan kerenah pelajar SMK. Rompin. Dengar khabar sekarang sedang melanjutkan tahap keprofesionalannya dalam bidang Pendidikan Khas selama setahun di sebuah IPG terkenal di negara kita. Tahniah...
Pn. Uji@Ruziahani bt Embong, berhijrah kerana sudah tiba masanya meninggalkan Kuala Rompin. Pemergiannya meninggalkan kenangan manis di SMK. Rompin tapi ada juga pahitnya. Kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan. Namun itu semua merupakan pengalaman beliau yang seolah anti-klimak. Pemergiannya merupakan kehilangan seorang guru Sejarah berwibawa dan penuh kotmitmen. Sehingga kini nampak macam tiada pengganti sepertinya ... amboi...amboi...amboi....
Pn Nordiana bt Ishak , baru berhijrah mulai minggu ke-3 Januari 2009. Beliau seorang yang cukup periang dan disukai pelajar. Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada SMK. Rompin dan tiada penggantinya sehingga sekarang. Sumbangannya amat besar khususnya meningkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris. Walaupun Mr Lee masih ada manakan sama Diana seorang... alamak terlupa pula pantun ni .....
?