Laman Utama PSS
SUMBANGAN KREATIF

SAJAK : "GADIS SUCI"

PERSONALITI PENGARANG : USMAN AWANG

Gadis Suci

Kutemui semalam dalam mimpi,
Di cuaca cerah
Di taman indah
Sinar mata seribu seri

Tiada cela penuh cahaya
Dia datang
Dia memandang
Setangkai teratai senyum di kepala

Lembut langkah berayun tenangLambang kesucian
Penuh keagungan
‘Gadis suci’ ciptaan tuhan.

Rasa mimpi mainan khayal,
Tersedar sudah
Di pagi indah
Hilang mimpi penuh kesal

Sampai kini terpeluk Tanya,
‘Benarkah dia
Sungguhkah dia’
Antara hidup semua manusia?

USMAN AWANG

 

Lahir pada tahun 12 julai 1929 di kampung Tanjung Sedili,Kota Tinggi Johor.Beliau bersekolah di Kuala Sedili(1936),Mersing(1937)dan di Bandar    Maharani Muar(1940)hingga lulus darjah VI.Pada tahun 1942,Usman Awang menjadi petani di Segamat dan menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura.Beliau menjadi Budak Pejabat di Pejabat Tali Air Segamat sebelum menjadi Pasukan Polis Jepun(BOTAI).Beliau menjadi Polis ketika Inggeris   memerintah pada tahun (1946).

Beliau mula menulis setelah ditukarkan menjalani tugas di Melaka.tulisan terawal beliau disiarkan dalam Ruangan Pasukan Keselamatan dan Utusan Melayu.Pada tahun 1951,beliau meletak jawatan polis dan berhijrah ke       Singapura.Sebelum menjadi pengarang Mingguan Melayu,terbitan Melayu Raya beliau seorang pembaca prof akhbar melayu.Beliau  berpindah ke Utusan   Melayu tahun 1952,dan menjadi sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak dan seterusnya Utusan Zaman dan majalah Mastika.akibat pemogokan Utusan Melayu,beliau berkhidmat di Penerbitan Bahasa Dan Pustaka sehingga     bersara.Beliau mula menjadi pengarang Dewan    Bahasa,Dewan Masyarakat,  Dewan Sastera dan Dewan Budaya sebelum memegang jawatan terakhir     sebagai Ketua Bahagian Pembinaan Dan Pengembangan Sastera.Tahun    1960-an,Usman menulis drama radio dan pentas seperti Serunai            Malam, Malam Kemerdekaan,Tamu Dari Bukit Kenny,

Matinya seorang Pahlawan,Degup Jantungya dan Muzika Uda dan Dara.Beliau pernah dijemput melawat Amerika Syakat,Indonesia,Filipina dan Rusia.Karyanya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa antaranya            Inggeris, Cina, Korea, Jepun, Perancis, Thai, Tamil, Denmark, Itali, Rusia dan Czechoslovakia.Beliau menerima Anugerah Pejuang Sastera tahun 1976,Anugerah Penulisan Asia Tenggara(S.E.A Write Award)di   Bangkok 1982,Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya 1983 dan Anugerah Sastera Negara 1983.