Laman Utama PSS  
BAHAGIAN MEDIA

MAKLUMAT UMUM

 

Bahagian Media PSS SMK. Rompin memberikan perkhidmatan dalam aspek penggunaan teknologi dalam pendidikan. Antara kemudahan yang disediakan ialah 3 buah bilik yang mempunyai kemudahan bilik multimedia. Bilik Tayangan 1, Bilik Meltimedia 2 dan Bilik SAL misalnya mempunyai kemudahan untuk menggunakan OHP, VCD, CDRI, Projektor LCD serta TVP ASTRO yang dikawal secara berpusat. PSS juga merancang dan melaksanakan Program Penghasilan Bahan melalui bengkel penghasilan bahan yang diadakan. Kemudahan ini diharapkan dapat menarik minat pelajar belajar sepanjang hayat.

  SISTEM PENGURUSAN BAHAN BUKAN BUKU DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) juga digunakan untuk menguruskan bahan bukan buku. Sebuah komputer khas disediakan bagi merekodkan semua bahan bukan buku menggunakan perisian PUSTAKAWAN. Kerja-kerja merekodkan ini melibatkan juga peralatan elektronik seperti radio, TV, LCD Projektor, OHP, Digital Camera dan lain-lain lagi. Peminjam perlu menjadi ahli dengan memiliki Kad Keahlian PSS atau Kad Automasi. Semua bahan ini HANYA boleh dipinjam melalui Guru Penyelaras Pusat Sumber
AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
Bagi menggalakkan pelajar berminat dengan pembelajaran melalui penggunaan peralatan ICT, aktiviti pertandingan sering diadakan seperti Pertandingan Mencari Maklumat melalui internet, Pertandingan Membuat Poster Bertema melalui penggunaan perisian seperti Power Point serta memberi peluang mereka menggunakan peralatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
 
 
PERATURAN AM BAHAGIAN MEDIA PUSAT SUMBER SEKOLAH  
PERALATAN BILIK MULTIMEDIA 1 (BILIK TAYANGAN 1) & BILIK MULTIMEDIA 2

Semua urusan pinjaman mestilah dibuat melalui Guru Media/ Penyelaras Pusat  Sumber atau Pembantu Pusat Sumber (Puan Semek)        

Rekodkan pinjaman peralatan dan bahan pada BUKU REKOD PINJAMAN BAHAN DAN  PERALATAN yang disediakan.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN meminjam bagi pihak guru.

Peralatan dan bahan yang dipinjam hendaklah dihantar tepat pada masa dan tarikh yang tercatat pada BUKU REKOD PINJAMAN BAHAN DAN PERALATAN.

Setiap kerosakan mesti lah dilaporkan segera kepada Guru Media atau Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
 
Kaedah pinjaman JANGKA PANJANG juga boleh dipertimbangkan sekiranya  peralatan di Unit Media Pusat Sumber SAekolah mencukupi.

Penggunaan kedua-dua kemudahan ini adalah tertakluk kepada kaedah TEMPAHAN sehari awal.

Menempah untuk tempoh seminggu sekaligus adalah tidak digalakkan kerana ia  akan menyekat penggunaan lain menggunakannya.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada guru-guru yang ingin menggunakan   kemudahan pembelajaran dan pengajaran menggunakan elemen ICT yang tidak dapat dibuat di kelas.

Kebersihan kedua-dua bilik tersebut adalah tanggungjawab guru yang  menggunakannya.

TIADA peralatan dikedua-dua bilik ini boleh dibawa keluar tanpa kebenaran  Guru Media dan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

Setiap penggunaan MESTI direkodkan pada BUKU REKOD PENGGUNAAN  BILIK MULTIMEDIA yang ada disediakan.

BILIK SELF ACSESS LEARNING (SAL)* BILIK BAHAN BANTUAN MENGAJAR (BBM)**

 

Pada tahun 2004, pengurusan BILIK SAL telah diletakkan di bawah Organisasi Pusat Sumber Sekolah. Tujuan gabungan dilaksanakan ialah untuk membolehkan pihak pusat sumber sekolah membantu pengurusan bahan dan peralatan di Bilik SAL supaya seiring dengan keperluan pelajar dan guru. Namun demikian Penyelarasan Bilik SAL masih diuruskan oleh Panatia Bahasa  Inggeris (Ketua Panatia).  Penggunaan bilik SAL juga terbuka kepada semua guru dari pelbagai bidang.

Beberapa perubahan akan dibuat terhadap Bilik SAL khususnya Pembangunan Fizikal serta beberapa dasar berkaitan dengan penggunaan agar memberi lebih peluang kepada pengguna memanafaatkannya pada masa akan datang (2006).

Program pembangunan kemudahan SAL akan dibuat pada tahun 2006.

 

PERKHIDMATAN TAMBAHAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
TAHUN 2004

1. Fotostat -  Mulai Penggal Kedua 2004

1.1       Kadar bayaran :  RM0.10/mukasurat

1.2       Persendirian     :   RM0.10 /mukasurat
untuk 50 muka surat pertama dan RM0.05 seterusnya

2. Limanating

2.1       Saiz A4   :   RM1.80 / Keping

3. Fotografi

3.1       Saiz Passport (4 Keping) : RM5.00

3.2       Saiz IC ( 4 Keping) :  RM3.00
            Minimum 3 orang / Frame

4. Binding

4.1       Comb Binding  A4 : RM2.50 s

5. Jualan bahan

5.1 Seperti kertas warna, kad ucapan, penanda buku dan sebagainya   adalah tertakluk kepada harga yang dipamerkan di kaunter PSS.

6. VCD Aktiviti Pelajar              RM3.00 / Keping

 

Bilik BBM terletak di bangunan BLOK J (Makmal Komputer).  Di bilik ini terdapat  pelbagai bahan dan peralatan bantuan mengajar seperti berikut :

  1. Carta
  2. Peta
  3. Glob
  4. Kit Pengajaran dan Pembelajaran
  5. Bahan 3 Dimensi
  6. Diorama
  7. Lut Sinar / Tranferansi
  8. 2 Unit Overhead Projektor
  9. 1 buah Pemain Radio Kaset CD / VCD / MP3

Peraturan Penggunaan

Setiap bahan yang dipinjam hendaklah direkodkan pada buku rekod penggunaan  yang disediakan.

Hanya guru dibenarkan meminjam bahan dan peralatan di bilik ini dan hendaklah  dipulangkan selepas digunakan pada hari yang sama.

Tiada bahan dibenarkan dibawa keluar dari bilik ini tanpa direkod terlebih dahulu.

Dalam Proses Penyusunan dan Pengorganisasian Semula.  Segala kesulitan amat dikesali.