Laman Utama PSS  
PERPUSTAKAAN

MAKLUMAT UMUM

 

Perpustakaan SMK.Rompin mempunyai pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan oleh pelajar peringkat PMR, SPM, STPM dan juga Universiti. Kemudahan pinjaman bahan rujukan di atas dikhaskan kepada pelajar yang menjadi ahli PSS dengan memiliki Kad Keahlian atau Kad Automasi PSS. Selain daripada bahan bercetak, pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan pencarian maklumat melalui penggunaan komputer yang mempunyai kemudahan capaian internet. PSS SMK. Rompin sedang bergerak di landasan ke arah penubuhan Pusat Sumber Elektronik (PSE).

Contoh Kad Keahlian Pusat Sumber

SISTEM PENGURUSAN BAHAN DI PSS  

Bahan Bercetak khususnya semua jenis buku diberi pengkelasan menggunakan Sistem Perpuluhan Deway (DDC) yang bersesuaian dengan peringkat sekolah. Bahan yang diberi nombor pengkelasan serta siap diproses teknik akan didaftarkan ke dalam komputer yang menggunakan perisian khas iaitu PUSTAKAWAN. Melalui sistem ini, segala pinjaman, pemulangan, rekod pinjaman, laporan tahap penggunaan dapat diuruskan dengan mudah dan cepat. Sistem ini juga dapat menguruskan bahan bukan buku seperti VCD, CDRI dan CD yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat dipinjam kepada pelajar.

 

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PAMERAN BUKU PSS 2007

Aktiviti ini dijalankan secara berterusan bagi menyokong Program Nilam Pahang. Melalui program ini, semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 terlibat. Pelbagai aktiviti dirancang oleh PSS dengan kerjasama panatia mata pelajaran. Di antara aktiviti yang dijalanakan ialah Pertandingan Bercerita, Syarahan, Deklamasi Sajak, Pertandingan Mencari Maklumat, Kem Khemah Membaca dan banyak lagi aktiviti menarik lain. Pameran Buku PSS merupakan aktiviti sokongan kepada Program Nilam.
(Laporan :Rujuk Lapoaran Aktiviti PSS).

PERATURAN AM PERPUSTAKAAN

MAKLUMAN YURAN PUSAT SUMBER
  • Semua penggunaan perkhidmatan di pusat sumber sekolah hendaklah direkodkan pada buku rekod yang disediakan.
  • Pelajar adalah dilarang membawa keluar sebarang peralatan atau bahan tanpa mendapat kebenaran daripada guru bertugas serta direkodkan terlebih dahulu.
  • Menjaga kebersihan bahagian dalam dan luar pusat sumber sekolah adalah tanggungjawab bersama.
  • Makan dan minum di dalam pusat sumber sekolah adalah dilarang sama sekali.
  • Berpakaian kemas (pakaian seragam sekolah @ asrama @ kelab & persatuan @ T.Shirt berkolar) semasa masuk ke pusat sumber dan penggunaan slipar adalah tidak dibenarkan.
  • Setiap pelajar dimestikan memiliki KAD KEAHLIAN ( KAD AUTOMASI)Pusat Sumber Sekolah bagi membolehkan penggunaan perkhidmatan di pusat sumber sekolah.
Semua pelajar yang akan mendaftar tingkatan 1 tahun 2007 akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 6.70. Wang ini akan digunakan untuk pembayaran Buku Rekod Bacaan Nilam (RM1.80 ), Gambar Ukuran I/C untuk Kad Keahlian PSS (RM3.00) dan bakinya (RM1.90 ) untuk membuat Kad Keahlian PSS yang akan digunakan sepanjang masa pelajar bersekolah di SMK. Rompin.

Bayaran ini dimasukkan ke dalam senarai bayaran bagi memudahkan aktiviti PSS dijalanakan sebaik sahaja sekolah bermula pada awal sesi 2008.


ANUGERAH BINTANG PERPUSPA

Anugerah Bintang diberikan oleh BTP Negeri Pahang kepada PSS seluruh negeri Pahang yang mencapai prestasi terbaik dalam aspek Perancangan, Pengurusan, Pelaksanaan Aktiviti dan Mutu perkhidmatan yang diberikan kepada warga sekolah.

Pencapaian Pusat Sumber Sekolah SMK. Rompin di peringkat negeri Pahang adalah seperti berikut :

2001 : 4 BINTANG
2002 : 4 BINTANG
2003 : 4 BINTANG
2004 : 4 BINTANG
2005 : 4 BINTANG
2006 : 4 BINTANG
2007 : 4 BINTANG

2008 : ?

 

 

 

 

 

 

 

SUMBANGAN BUKU 2008

Untuk pengetahuan semua ahli PIBG SMK. Rompin, bahawa pihak Sekolah khususnya Unit PSS mengalu-alukan jika ada pihak ibubapa yang ingin menyumbang bahan bacaan untuk dimanafaatkan bersama oleh semua pelajar di SMK. Rompin. Bahan bacaan dalam pelbagai bidang yang masih baik dan sempurna sangat sangat diperlukan kerana nisbah buku dan pelajar di PSS SMK Rompin masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Kepada yang berminat boleh hubungi;

09-4145228 (Pejabat Sekolah ) atau
0139068039 En Hashimme Omar,
GPM SMK. Rompin