Laman Pentadbiran
Lagu Sekolah Piagam Pelanggan

Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin

Gedung ilmu kami semua

Tunas Harapan Bangsa dididik dan dipimpin

Menjadi warga berguna

Berilmu Berwawasan arah dituju (2X)

Beramal soleh setiap waktu

Berakhlak mulia dan sopan selalu

Bersatu dan berpadu

Seribu sembilan ratus enam puluh empat

Itulah satu tarikh keramat

Putera puteri berikrar

Dengan penuh semangat

Harumkan nama sekolah

 

Lagu dan lirik : ASRI CHE MAT

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Menghasilkan kecemerlangan akademik pelajar melalui program pengajaran pembelajaran yang berkesan.

  • Mengembangkan potensi pelajar dibidang kokurikulum melalui latihan dan pemupukan bakat yang terancang dan berterusan.
  • Membina sahsiah pelajar yang sihat dan positif melalui program bina insan, disiplin dan kaunseling.

  • Mewujudkan iklim sekolah yang selamat, ceria dan kondusif.
  • Memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

 

Our School Ethics  
  • Obey all teachers instructions

  • Look after our school

  • Look after our friends and ourselves

  • Keep our hands and feet to ourselves

  • No teasing, no name calling, no bullying

A.Wahab Bin Taha
Pengetua SMK. Rompin